Khamis, 25 September 2014

PAS kalah di Pengkalan Kubur

Kalah dan menang adalah natijah kepada sebuah pertandingan. Dari sudut pertandingan dalam Pilihan Raya Kecil disebuah negara demokrasi maka jelas bahawa PAS telah kalah di PRK Pengkalan Kubur. Namun, dari sudut PAS, dasar kepada pertandingan ini adalah keagamaan. Maka dari sudut agama PAS tidak kalah sama sekali, kecuali tiada keikhlasan. Maka, ikhlas adalah urusan rahsia diantara rahsia ALLAH SWT. Inilah kehebatan sebuah keikhlasan dan kehebatan YANG MAHA HEBAT.

Jumaat, 19 September 2014

Presiden PAS tidak retorik

Keberanian 'TERUS BERISTIQAMAH" dari sudut kita, PAS "Namun persoalan lebih besar yang harus difikirkan sejauh manakah keberanian Abdul Hadi bagi berhadapan dengan dua kelompok itu kerana biarpun datang daripada ' lubuk ' berbeza tetapi kedua-dua membawa misi yang sama iaitu memastikan PAS mengikut kehendak PKR dan DAP" Ini tulisan Encik Zulkifli Bakar dalam Utusan Malaysia hari ini Sabtu 20 September 2014. Persoalan yang ingin dimajukan, adakah DAP dan PKR bersetuju dengan Ucapan Dasar Presiden PAS "TERUS BERISTIQAMAH" ? . Setuju atau tidak, telah ada jawapan. Ini urusan rumah tangga PAS. Mereka ingin jaga rumah tangga mereka agar jangan diperbodohkan !. Kenapa Zulkifli Bakar bimbangkan Presiden PAS "jangan hanya retorik politik" dalam tajuk rencananya. Adakah jika Presiden PAS bertegas, meneruskan gagasan pemikirannya akan pecah Pakatan Rakyat ? ... Mungkin ini yang dinantikan oleh Encik Zulkifli Bakar dan tentunnya UBN mendoakan siang malam supaya Pakatan Rakyat pecah. Kononnya jika Presiden PAS "berani" bertegas melaksanakan ucapan resminya itu akan rugilah PAS dan ini yang ditunggu-tunggu Encik Zulkifli Bakar !

ISTIQAMAH jihad kita.

Tajdid KEPIMPINAN ULAMAK Tema keramat "TERUS BERISTIQAMAH" sebagai tema Muktamar PAS ke 60 yang hampir berakhir esok. Dengan melihat kepada latar belakang kegeloraan kemelut, permasalahan dalaman [ sebelum muktamar ] maka berISTIQAMAH di kemukakan. Ujiannya bertumpu kepada kesetiaan, ketaatan dan penghormatan kepada kepimpinan ulamak. Beberapa pimpinan yang selama ini telah disifatkan berjaya mengharungi jalan perjuangan dalam PAS dilihat benar-benar teruji. Masakan tidak teruji ! .... dengan kewujudan tokoh DSAI yang disifat mereka dengan "bijak berpolitik", "berpandanganjauh", "berkarisma", "tahan diuji", "berpengalaman sempurna" dan sebagainya maka kesetiaan, keta'atan dan penghormatan kepada kepimpinan ulamak : Presiden dan Majlis Syura jadi terungkai. Mereka terpukau lalu berubah pendirian. Mereka jadi tidak jujur. Mereka bercelaru dan muncul watak-watak angkuh dan sombong serta lupa diri. "Tak kaba", kata dialek Kelantan. Apa ini semua ? "Ujian" ... ujian perjuangan dan keikhlasan mereka. Secara terperinci, macamana ada antara mereka yang melanggar adab dan disiplin PAS secara terbuka. Tentu kita masih ingat kata-kata menyanggah yang berbunyi, "Itu pandangan peribadi Presiden", bila Presiden menetap dan menyokong TS Khalid Ibrahim [ TSKI ] . Ini fakta hitam mereka. Tentu juga sejarah hitam bagi dua ADUN Selangor yang berhujjah, "pendirian mereka tidak salah kerana keputusan muktamar lalu 2013 yang mahukan PAS mengukuh dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat" yang menjadikan mereka menyokong YB. Wan Azizah, cadangan PKR sebagai ganti TSKI. Hakikatnya, mereka telah gagal menta'ati Majlis Syura PAS dan Presiden mereka. [ sebenarnya siapa Presiden mereka ? ] Kemana mereka sekarang ? ... terperangkap dimana ? Hakikatnya, PAS dan Presiden telah "terpaksa" dan "dipaksa menerima" "kebijaksanaan berpolitik yang dahsyat" DSAI yang sanggup dulu membelakangi Presiden dan PAS dalam "rangka peribadi", "langkah Kajang" mereka. Ini sangat amat difahami oleh mereka yang "original" dengan PAS. Dengan sebab itulah Pemuda PAS Pusat bertindak "kasar mengislah" pemimpin mereka dihari perasmian Muktamar Pemuda Pusat tempohari. Hari-hari muktamar pusat berlalu dengan suasana pengISLAHan terhadap saudara mereka dan kata-kata menTAJDID kefahaman dan kepimpinan. Oleh yang demikian, PAS ... ahli-ahli, ahli muktamar, pemimpinnya tambah matang !... Amaran kepada DSAI, PKR harap ada keberkesanannya "Insya ALLAH" . " Bijak berpolitik" kesan belasan tahun kamu dalam UMNO dapat dikesan titik-titik hitamnya. ! ... Amaran kepada mereka yang terlanjur itu diharap masuk kedalam hati mereka sehingga mengubah pendirian, watak dan lalu bergaya hidup keinsafan. Kalau tak insaf lagi, ingat !!! ... mata pendokong PAS seluruh negara tajam bagaikan "panah laser" memerhati suasana ini demi perjuangan menegakkan ISLAM tercinta. Diharap dengan pengISLAHan dan keTAJDIDan ini PAS tambah gagah. Hentikan kutuk mengutuk dan lebel melebel sesama PAS demi JIHAD kita ini. UMNO tambah lemah dan akhirnya menemui kematian secara terhormat pada PRU 14 2018 nanti.... ameen.

Rabu, 17 September 2014

Jangan Lupa PRINSIP .... hancur anda

Selamat Bermuktamar PAS 2014. Tertarik kepada kata-kata Datuk Presiden PAS dalam Utusan Malaysa, Isnin, 8 September 2014. Ia boleh jadi panduan untuk kita yang mahu berJIHAD dalam wadah PAS. Katanya, "PAS adalah tempat kita bergantung, teras kita. Pakatan Rakyat adalah tahaluf, persefahaman kita dengan pihak lain. Maka kebergantungan kita kepada teras, bukan dengan pihak lain. Ini kena faham.. Dimana dalam hal ini Nabi mengadakan tahaluf dengan musyrikin, degan orang Yahudi. Tiba-tiba rakan tahaluf langgar perjanjian, apabila langgar perjanjian, maka Nabi langgar perjanjian. Kita akan rujuk dari semasa kesemasa ( tahaluf siyasi ) sama ada masih mengikut syarat atau tidak. Kalau tidak ikut syarat, kita mesti setia kepada parti, tak setia kepada pakatan. Ini kaedah dalam kita berpolitik".... Demikian kata-kata TGHH di "Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Semasa di Marang pada 7 September 2014 lalu. Persoalan kepada kita, adakah pendokong dan pimpinan PAS memahami kaedah ini ? Kenapa bila bertemu dengan kaedah yang dikemukakan oleh Anwar Ibahim menyebabkan tokoh-tokoh dalam pimpinan PAS melupakan prinsip PAS dan perjuangan asalnya ? Inilah ujian kepada kefahaman dan pegangan anda sebagai pimpinan atau pengikut sebuah wadah JIHAD dalam kontek dakwah da politik.

Pemuda PAS mengISLAH

Muktamar Pemuda PAS Pusat. Tahniah kepada seluruh perwakilan Dewan Pemuda PAS yang terlibat dalam usaha mengislah Timbalan Presiden PAS Pusat, Encik Muhammad Sabu pagi tadi. Tahniah juga kepada Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza yang mewakili Pemuda PAS Kelantan dalam ucapan di muktamar sekejap tadi. Apa yang dikemukakan oleh Ustaz Nor Azariza adalah suatu yang benar, tapi pahit untuk diterima oleh DSAI. Beliau juga berpandangan bahawa Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat silap tidak menunjukkan sikap yang benar dan tegas bersama Datuk Presiden PAS TGHH. Kerana "beruslub kebudimanan" sedangkan dalam masa yang sama pemipin PAS dipandang serong dan difitnah dengan berbagai bahasa politik. Sikap dan pembawaan seorang Ketua Pemuda sedemikian adalah pada tahap undur kebelakang. Berikutan seorang Timbalan Presiden di langgar pemuda dari beradab sopan berpenghormatan tinggi sebuah organisasi maka semua pihak harus bermuhasabah agar kerja yang terlibat dengan maruah dan air muka ini tidak berlaku lagi. Tahniah seluruh pemuda yang berperanan dan berpendirian. Itulah pemuda PAS. Soalnya kenapa perwakilan pemuda sedemikian ? Benar sebagaimana yang dikatakan Ustaz Nor Azariza. Merujuk kepada Utusan Malaysia Isnin, 8 September 2014 lalu, TGHH menjelaskan dalam "Majlis Dialog dan Penjelasan Isi Semasa" di Marang, Terengganu dan Utusan Malaysia melapurkan dibawah tajuk 'Hubungan dengan PKR DAP' , kata THGG, "Kita dikejutkan supaya dikosongkan satu kerusi di Kajang. Kerusi yang sudah kita menang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu minta letak jawatan. Kita (PAS) diberitahu, tiada mesyuarat pun ... sedar-sedar diberitahu." Ini diantara perangai dan style kepimpinan DSAI. Namun, perangai sebegini direstui oleh mereka yang berlebel Anwarinas. Saya pun hairan kenapa mereka yang faham dan berprinsip mendokong kepimpinan ulamak membelakang Presiden dan Majlis Syura Ulamak. Ini satu kes contoh. Tentu ada kes lain lagi ! Bila membelakangi, mengingkari Presiden dan Majlis Syura Ulamak dengan sikap, perangai yang terkeluar dari batas-batas kesopanan, kesetiaan, wala' dan disiplin ahli dan pendokong PAS maka layaklah para pemuda menegur sedemikian walaupun nampaknya kasar. Itulah pemuda, kasar berhikmah.

Isnin, 15 September 2014

JIHAD bertinta

JIHAD ... yang menjadi tema catatan Abu Rabbani [AR] bertemu anda sekelian berTINTA  dalam pasaran dakwah dan politik Malaysia sempena PRK Pengkalan Kubur. Juteru, terlebih dahulu AR mengajak anda sekelian sama-sama menghadiahkan bacaan 'al-Fatihah' kepada saudara kita bekas YB Pengkalan Kubur yang baru meninggalkan kita yang disambut oleh perlembagaan negara agar suatu PRK perlu diadakan. 

Seterusnya, berpenghayatan  "Dengan nama ALLAH SWT", mari sama-sama kita bertinta ... anda sebagai pembaca, terima  kasih, .... "jazakumulLAHu khairan jaza'  " ,  kerana sudi melayari laman web sebuah  cawangan PAS di bumi Kelantan Darul Naim. AR,  sehingga kini ... ada  sedikit peranan dan akan berperanan atas nama JIHAD dalam kontek kerja-kerja sebuah gerakan Islam, PAS selagi dan sekadar termampu

Apa yang anda fahami bila suatu perkataan JIHAD dikemukakan ?.  Mungkin ramai yang memahami  dengan satu pengertian yang berkisar dengan  kerja mengangkat senjata menentang orang kafir.  Untuk ini, perlu dikemukakan suatu  ta'rif  JIHAD sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiah iaitu ... yang bermaksud: "JIHAD itu haqiqatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai ALLAH SWT dari keimanan, amal salih dan menolak sesuatu yang dimurkai ALLAH SWT dari kekufuran, kefasiqan dan kederhakaan" . 

Definasi JIHAD diatas mudah di fahami yang tentunya menjuruskan kepada mudah untuk diamalkan ... mudah dilaksanakan. 

Selasa, 26 Ogos 2014

salam tinta JIHAD kita


Salam JIHAD

"Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"

P e m b u k a a n
Syukur kehadrat ILAHI kerana dapat menikmati  anugerahNYA ini.  Moga-moga dengan pelancaran laman web ini akan menghasilkan satu sumbangan diri saya untuk al-ISLAM  tercinta.

Juga dengan pelancaran laman web ini akan bertambah satu lagi aktiviti pertubuhan sebuah gerakan ISLAM PAS demi suatu usaha untuk memartabatkan al-ISLAM di bumi bertuah Malaysia "Darul Barakah"

Dengan terlaksananya program perjuangan ini diharap dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja yang mencari dan berada dilandasannya. Ameen

Apa yang baik dari ALLAH SWT dan apa yang lemah tentunya dari saya sendiri. InsyaALLAH SWT, saya  memperbaikinya dari masa kesemasa. Ameen