JIHAD ... yang menjadi tema catatan Abu Rabbani [AR] bertemu anda sekelian berTINTA dalam pasaran dakwah dan politik Malaysia sempena PRK Pengkalan Kubur. Juteru, terlebih dahulu AR mengajak anda sekelian sama-sama menghadiahkan bacaan 'al-Fatihah' kepada saudara kita bekas YB Pengkalan Kubur yang baru meninggalkan kita yang disambut oleh perlembagaan negara agar suatu PRK perlu diadakan.
Seterusnya, berpenghayatan "Dengan nama ALLAH SWT", mari sama-sama kita bertinta ... anda sebagai pembaca, terima kasih, .... "jazakumulLAHu khairan jaza' " , kerana sudi melayari laman web sebuah cawangan PAS di bumi Kelantan Darul Naim. AR, sehingga kini ... ada sedikit peranan dan akan berperanan atas nama JIHAD dalam kontek kerja-kerja sebuah gerakan Islam, PAS selagi dan sekadar termampu
Apa yang anda fahami bila suatu perkataan JIHAD dikemukakan ?. Mungkin ramai yang memahami dengan satu pengertian yang berkisar dengan kerja mengangkat senjata menentang orang kafir. Untuk ini, perlu dikemukakan suatu ta'rif JIHAD sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiah iaitu ... yang bermaksud: "JIHAD itu haqiqatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai ALLAH SWT dari keimanan, amal salih dan menolak sesuatu yang dimurkai ALLAH SWT dari kekufuran, kefasiqan dan kederhakaan" .
Definasi JIHAD diatas mudah di fahami yang tentunya menjuruskan kepada mudah untuk diamalkan ... mudah dilaksanakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan