"tinta JIHAD kita" [tJk] satu perjalanan JIHAD dari apa yang difahami dari gerakan Islam, PAS. "tJk" berusaha catatannya menepati dengan dasar dan pendirian PAS. "tJk" berusaha memahami dasar dan pendirian kepimpinan ulamak. "tJk" berusaha menyampaikannya walau "satu ayat JIHAD" demi kebahagiaan dunia akhirat selagi tidak bertentangan dengan dasar dan perlembagaan PAS serta tidak bercanggah dengan perlembagaan negara. "PAS UNTUK SEMUA "
Jumaat, 19 September 2014
ISTIQAMAH jihad kita.
Tajdid KEPIMPINAN ULAMAK
Tema keramat "TERUS BERISTIQAMAH" sebagai tema Muktamar PAS ke 60 yang hampir berakhir esok. Dengan melihat kepada latar belakang kegeloraan kemelut, permasalahan dalaman [ sebelum muktamar ] maka berISTIQAMAH di kemukakan. Ujiannya bertumpu kepada kesetiaan, ketaatan dan penghormatan kepada kepimpinan ulamak.
Beberapa pimpinan yang selama ini telah disifatkan berjaya mengharungi jalan perjuangan dalam PAS dilihat benar-benar teruji. Masakan tidak teruji ! .... dengan kewujudan tokoh DSAI yang disifat mereka dengan "bijak berpolitik", "berpandanganjauh", "berkarisma", "tahan diuji", "berpengalaman sempurna" dan sebagainya maka kesetiaan, keta'atan dan penghormatan kepada kepimpinan ulamak : Presiden dan Majlis Syura jadi terungkai.
Mereka terpukau lalu berubah pendirian. Mereka jadi tidak jujur. Mereka bercelaru dan muncul watak-watak angkuh dan sombong serta lupa diri. "Tak kaba", kata dialek Kelantan. Apa ini semua ? "Ujian" ... ujian perjuangan dan keikhlasan mereka. Secara terperinci, macamana ada antara mereka yang melanggar adab dan disiplin PAS secara terbuka.
Tentu kita masih ingat kata-kata menyanggah yang berbunyi, "Itu pandangan peribadi Presiden", bila Presiden menetap dan menyokong TS Khalid Ibrahim [ TSKI ] . Ini fakta hitam mereka. Tentu juga sejarah hitam bagi dua ADUN Selangor yang berhujjah, "pendirian mereka tidak salah kerana keputusan muktamar lalu 2013 yang mahukan PAS mengukuh dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat" yang menjadikan mereka menyokong YB. Wan Azizah, cadangan PKR sebagai ganti TSKI.
Hakikatnya, mereka telah gagal menta'ati Majlis Syura PAS dan Presiden mereka. [ sebenarnya siapa Presiden mereka ? ] Kemana mereka sekarang ? ... terperangkap dimana ? Hakikatnya, PAS dan Presiden telah "terpaksa" dan "dipaksa menerima" "kebijaksanaan berpolitik yang dahsyat" DSAI yang sanggup dulu membelakangi Presiden dan PAS dalam "rangka peribadi", "langkah Kajang" mereka. Ini sangat amat difahami oleh mereka yang "original" dengan PAS.
Dengan sebab itulah Pemuda PAS Pusat bertindak "kasar mengislah" pemimpin mereka dihari perasmian Muktamar Pemuda Pusat tempohari. Hari-hari muktamar pusat berlalu dengan suasana pengISLAHan terhadap saudara mereka dan kata-kata menTAJDID kefahaman dan kepimpinan. Oleh yang demikian, PAS ... ahli-ahli, ahli muktamar, pemimpinnya tambah matang !... Amaran kepada DSAI, PKR harap ada keberkesanannya "Insya ALLAH" . "
Bijak berpolitik" kesan belasan tahun kamu dalam UMNO dapat dikesan titik-titik hitamnya. ! ... Amaran kepada mereka yang terlanjur itu diharap masuk kedalam hati mereka sehingga mengubah pendirian, watak dan lalu bergaya hidup keinsafan. Kalau tak insaf lagi, ingat !!! ... mata pendokong PAS seluruh negara tajam bagaikan "panah laser" memerhati suasana ini demi perjuangan menegakkan ISLAM tercinta.
Diharap dengan pengISLAHan dan keTAJDIDan ini PAS tambah gagah. Hentikan kutuk mengutuk dan lebel melebel sesama PAS demi JIHAD kita ini. UMNO tambah lemah dan akhirnya menemui kematian secara terhormat pada PRU 14 2018 nanti.... ameen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan