"tinta JIHAD kita" [tJk] satu perjalanan JIHAD dari apa yang difahami dari gerakan Islam, PAS. "tJk" berusaha catatannya menepati dengan dasar dan pendirian PAS. "tJk" berusaha memahami dasar dan pendirian kepimpinan ulamak. "tJk" berusaha menyampaikannya walau "satu ayat JIHAD" demi kebahagiaan dunia akhirat selagi tidak bertentangan dengan dasar dan perlembagaan PAS serta tidak bercanggah dengan perlembagaan negara. "PAS UNTUK SEMUA "
Rabu, 17 September 2014
Jangan Lupa PRINSIP .... hancur anda
Selamat Bermuktamar PAS 2014.
Tertarik kepada kata-kata Datuk Presiden PAS dalam Utusan Malaysa, Isnin, 8 September 2014. Ia boleh jadi panduan untuk kita yang mahu berJIHAD dalam wadah PAS. Katanya, "PAS adalah tempat kita bergantung, teras kita. Pakatan Rakyat adalah tahaluf, persefahaman kita dengan pihak lain. Maka kebergantungan kita kepada teras, bukan dengan pihak lain. Ini kena faham.. Dimana dalam hal ini Nabi mengadakan tahaluf dengan musyrikin, degan orang Yahudi. Tiba-tiba rakan tahaluf langgar perjanjian, apabila langgar perjanjian, maka Nabi langgar perjanjian. Kita akan rujuk dari semasa kesemasa ( tahaluf siyasi ) sama ada masih mengikut syarat atau tidak. Kalau tidak ikut syarat, kita mesti setia kepada parti, tak setia kepada pakatan. Ini kaedah dalam kita berpolitik".... Demikian kata-kata TGHH di "Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Semasa di Marang pada 7 September 2014 lalu.
Persoalan kepada kita, adakah pendokong dan pimpinan PAS memahami kaedah ini ? Kenapa bila bertemu dengan kaedah yang dikemukakan oleh Anwar Ibahim menyebabkan tokoh-tokoh dalam pimpinan PAS melupakan prinsip PAS dan perjuangan asalnya ? Inilah ujian kepada kefahaman dan pegangan anda sebagai pimpinan atau pengikut sebuah wadah JIHAD dalam kontek dakwah da politik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan